Khamis, 27 Jun 2024

Ayam Masak Kurma

  • Masa Penyediaan:20 minit
  • Masa Memasak:15 minit
  • Jumlah Hidangan:5-6 orang

 


Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah
    • 2 inci halia

 

  • Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:
    • 1 pek rempah kurma/ 3 sudu besar
    • sedikit air

 

  • Bahan-bahan untuk ayam masak kurma :
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • daun kari
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang karot
    • 1 biji kentang
    • 1 mangkuk kecil santan cair
    • 1 biji bawang besar
    • 1 mangkuk kecil santan pekat
    • 1 biji tomato
    • 2 biji cili hijau, belah 2
    • 2 biji cili merah, belah 2
    • 3 biji cili padi
    • garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
  • Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
  • Panaskan minyak dalam ยฝ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
  • Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  • Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
  • Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
  • Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, tambah sedikit air putihโ€ฆkalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
  • Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ยฝ ekor.
  • Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
  • Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
  • Masukkan juga 1 biji bawang besar yg dibelah 6.
  • Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
  • Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
  • Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
 

Tip Masakan:
Che Nom masukkan sikit2 santan pekat sebab tak nak terlebih santan, tak sedap kalau terlalu berlemak. Kita nak kuah masak kurma yang masih pekat rasa rempahnya. Kalau guna santan kotak, anggaran 1 kotak kecil santan.

Sumber: che Nom
 

Sabtu, 19 November 2016

Resepi Udang Sri Rampai

Resepi Udang Sri Rampai


Bahan:

๐ŸŽ1kg udang saiz XL
๐ŸŽcili api ikut suka.. nak pedas bubuh banyak
๐ŸŽ2 biji cili merah besar
๐ŸŽ5 ulas bawang merah
๐ŸŽ3 ulas bawang putih
๐ŸŽsedikit belacan..
(tumbuk semua bahan2..)
๐ŸŽ1 inci halia dihiris halus memanjang
๐ŸŽ2 helai daun kunyit hiris halus
๐ŸŽ5 batang serai dihiris halus

๐Ÿญtumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan..

๐Ÿญmasukkan serai.. dan juga halia.. kemudian masukkan udang..

๐Ÿญmasukkan sedikit air asam jawa.. garam.. aji dan gula..

๐Ÿญbila udang hampir masak.. masukkan daun kunyit..
kacau hingga udang masak..
sedia untuk dihidang..๏ปฟ

RESEPI IKAN KELI BERLADO

RESEPI IKAN KELI BERLADO, PEMBUKA SELERA


BAHAN - BAHANNYA :-)

๐Ÿ“2 ekor ikan keli, saiz sederhana
๐Ÿ“1 camca teh serbuk kunyit
๐Ÿ“1/2 camca teh garam
๐Ÿ“3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
๐Ÿ“1 1/2 camca teh gula
๐Ÿ“Sos ikan secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HANCUR :-)

๐Ÿ“6 biji cili merah
๐Ÿ“6 biji bawang merah kecil
๐Ÿ“2 ulas bawang putih
๐Ÿ“3 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

๐Ÿ‚Ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Perap 10 minit kemudian bilas.

๐Ÿ‚Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau kasturi hingga rata dan perap sekejap. Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan ketepikan.

๐Ÿ‚Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum.

๐Ÿ‚Masukkan gula dan kacau rata, tambah sos ikan secukup rasa, kacau dan masukkan ikan keli goreng. Gaul hingga rata dan masak dengan api kecil. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (taruk sikit dulu, rasa dan jika perlu baru tambah lagi), kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, telur dadar dan kicap JALEN....Selamat mencuba!!๏ปฟ

RESEPI IKAN BAWAL MASAK LEMAK SIAM

RESEPI IKAN BAWAL MASAK LEMAK SIAM

BAHAN KISAR

๐Ÿ“13 tangkai cili kering
๐Ÿ“5 ulas bawang merah
๐Ÿ“3 ulas bawang putih
๐Ÿ“4 cm belacan
๐Ÿ“2 hiris lengkuas
๐Ÿ“4 cm halia
๐Ÿ“3 helai daun limau purut

BAHAN LAIN

๐Ÿ“3 ekor ikan bawal
๐Ÿ“2 cawan santan
๐Ÿ“4 keping asam gelugur

CARA MEMASAK

๐Ÿ‚1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak.

๐Ÿ‚2. Tuangkan santan, dan masukkan daun limau purut dan asam gelugur.

๐Ÿ‚3. Jangan lupa bubuhkan sedikit garam dan gula.

๐Ÿ‚4. Bila kuah mendidih masukkan ikan dan biarkan ikan masak.๏ปฟ

Resepi Ketam Masak Merah Special

Resepi Ketam Masak Merah Special

Bahan-bahan

๐Ÿ“2 ekor ketam yang besar. direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
๐Ÿ“sedikit hirisan cili merah
๐Ÿ“4-5 sudu besar sos cili
๐Ÿ“2 sudu besar sos tomato
๐Ÿ“3-4 sudu besar cili kering kisar
sedikit air
๐Ÿ“1 sudu besar sos tiram
๐Ÿ“1 sb kicap manis
๐Ÿ“1 keping asam gelugur

Bahan-bahan mesin

๐Ÿ“1 labu bawang besar
๐Ÿ“2 biji bawang merah
๐Ÿ“2 ulas bawang putih
๐Ÿ“1/2 inci halia
๐Ÿ“1/2 inci lengkuas
๐Ÿ“1 batang serai

Cara-cara

๐ŸTumis bahan2 kisar hingga wangi.

๐ŸMasukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.

๐ŸMasukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.

๐ŸSetelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
Hidangkan setelah masak.๏ปฟ

Resepi Ketam Telur Masin

Resepi Ketam Telur Masin


Bahan-bahan:

๐Ÿ“3 ekor ketam
๐Ÿ“5 biji telur masin (bahagian kuning sahaja)
๐Ÿ“5 biji cili padi
๐Ÿ“2 sudu makan mentega
๐Ÿ“2 sudu makan susu cair
๐Ÿ“2 sudu makan tepung kanji
๐Ÿ“5 helai daun kari
๐Ÿ“Garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara:

๐Ÿ1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya.

๐Ÿ2. Gaul ketam tadi dengan tepung kanji dan goreng dalam minyak yang banyak dan toskan.

๐Ÿ3. Campur kuning telur masin bersama mentega dan masak di atas api. Gunakan api perlahan.

๐Ÿ4. Tuang susu cair dan masukkan daun kari. Kacau rata.

๐Ÿ5. Masukkan ketam tadi dan goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.๏ปฟ

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Bahan-bahan ( 5 orang )

๐ŸSeekor ikan kerapu- lieza guna ikan kembung
๐Ÿ“2 biji bawang putih - dicincang halus
๐Ÿ“5 biji bawang merah - dicincang halus
๐Ÿ“8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
๐Ÿ“2 biji tomato - dipotong dadu
๐Ÿ“2 kerat nenas - di potong dadu
๐Ÿ“2 sudu cili boh
๐Ÿ“3 sudu sos tiram
๐Ÿ“2 sudu sos ikan
๐Ÿ“Sedikit daun ketumbar
๐Ÿ“1 sudu besar tepung jagung
๐Ÿ“serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
๐Ÿ“Minyak

Cara-cara

๐ŸIkan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.

๐ŸPanaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.

๐ŸMasukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.๏ปฟ
 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates