Jumaat, 26 Ogos 2016

NASI GORENG SATE



RESEPI NASI GORENG SATE 

Bahan-bahan

🍓4 cawan nasi
🍓10 batang satay – keluarkan dari lidi dan potong kecik-kecik
🍓2 biji bawang merah – potong dadu
🍓5 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
🍓Carrots – potong dadu
🍓Sawi – potong dalam 2inch
🍓2 biji Telur
🍓Kicap lemak manis secukup rasa (tak letak pun tak apa)
🍓Garam secukup rasa (jika perlu)
🍓Minyak untuk menumis

Cara penyediannya

🐝1-. Panaskan kuali dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan

🐝2-. Masukkan kuali tadi sedikit minyak untuk menumis dan tumis bawang merah dan putih sehingga berbau wangi

🐝3-. Masukkan satay, goreng seketika.

🐝4-. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata bersama sedikit kicap lemak manis seketika.

🐝5-. Selepas itu, masukkan carrots, telur dan sayur sawi. Goreng hingga masak

🐝6-. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. * sikit ajer sebab perapan satay dan cukup rasa*

🐝7-. Sedia dihidang

*C/p:Ct Manis

Resepi Ayam Percik Roaster



Resepi Ayam Percik Roaster

🍓1 ekor ayam - saya potong 4 ...
🍓2 biji bawang besar (sederhana besar)
🍓3 ulas bawang putih
🍓1 inci halia
🍓1 inci lengkuas
🍓sedikit kunyit (terpulang nak kunyit hdup atau kunyit debu)
🍓2 sudu besar lada kisar 
🍓3 batang serai 
🍓garam
🍓Ajinomoto (optional)
🍓sedikit gula
🍓sedikit air asam jawa
🍓1 1/2 -2 cawan santan pekat 
dan air jika perlu
🍓4 sudu minyak

caranya

🐝kisar bahan bertanda hingga lumat... tambah sedikit air masa kisar tu ye..supaya semua bahan2 ni dpt dikisar..

🐝ambil sedikit bahan kisar masukkan dlm ayam utk diperap dlm 2 jam tambah sikit garam dan gula utk perapan ayam tu..biar ia serap dlm ayam

🐝Panaskan minyak masak dlm periuk/pan ..masukkan lebihan bahan kisar ...tumis sehingga ia pecah minyak.... biar lama tak apa lg sedap...kacau2 ye

🐝kemudian masukkan santan pekat sebatikan dan masukkan ayam yang diperap tadi..tutup periuk masak biar ayam empuk dan santan sedikit kering..(jika lihat ayam belum sepenuhnya masak tp kuah dah kering masukkan sikit air ye)

🐝isi garam dan sedikit gula..(percik ni takla manis ye ...boleh rasa sikit ikut citarasa anda) dan isi sikit je air asam jawa..jgn masam sangat tak sedap..

🐝agak2 ayam dah masak bahagian dlmnya..angkat ayam tu dan bakar ayam tadi sekejap..curah kuah percik sikit atas ayam masa bakarnya.. (saya bakar dlm oven) 

🐝bakar ayam hingga permukaan ayam berkilat - tak yah lama sangat sb ayam pun dah masak
siap...

Lada sambal

🍓5 batang lada merah
🍓1@2 cili api
🍓2 biji tomato merah
🍓2 ulas bawang putih*
🍓gula,
🍓sedikit cuka
🍓garam

🐝blend sehing
ga lumat...masak bahan2 ni (selalunya lada sambal nasi ayam saya masak takut anak2 sakit perut)
tambah garam, gula dan sedikit je cuka...

kicap

🍓1 ulas bawang putih
🍓kicap
🍓bancuhan tepung jagung 1 sudu + air)
🍓1 sudu minyak masak

🐝panaskan minyak masak..tumis bawang putih yang diketuk...kemudian masukkan kicap dan masukan bancuhan tepung jagung tadi..kuah ni tak pekat sangat ye.. dan tak cair sangat....

*C/p : Ct Manis

Resepi Nasi Ayam Bangkok



Resepi Nasi Ayam Bangkok


Bahan2 :

🍓Ayam (seekor)potong ikut suka
🍓Beras 3 1/2 tin susu, garam, gula, 5 sudu besar minyak utk menumis
(lihat cara memasak nasi dibawah)

BAHAN TUMBUK : (UNTUK BUAT PASTE NASI AYAM) 

🐝masak dalam periuk lain

🍓1 biji buah pala (ketuk amik isi saja)
🍓1/2 inci halia, 1 sudu teh lada hitam
🍓1 sudu teh jintan putih, 2 sudu teh jintan manis
🍓8 biji bunga cengkih
🍓1 biji buah pelaga
🍓4-5 biji bwg merah
🍓2 ulas bwg putih
🍓1 inci kulit kayu manis
🍓3 kelopak bunga lawang

CARA BUAT PASTE NASI :

🐝Panaskan minyak, masuk bahan tumbuk tadi. Bila pecah minyak, masukan air, biar hingga mendidih. Jangan terlalu cair atau pekat.

CARA MASAK NASI :

🐝Masukkan paste nasi, ketulan ayam, garam serta gula dlm periuk berisi beras, jerang hingga masak.

🐝(satukan semua bahan-bahan ini dalam rice cooker dan masak seperti biasa. caranya seperti memasak nasi arab, ayam dimasukkan bersama-sama beras. Ayam lebih lembut dan sebati dgn nasi)

UNTUK SAMBALNYA :

BAHAN-BAHANNYA :

🍓20 biji cili padi
🍓2 biji cili merah
🍓Seulas bwg putih
🍓1 1/2 biji air asam limau nipis
🍓2 camca besar air

CARA-CARANYA :

🐝tumbuk cili padi, cili merah dan bwg putih. Kemudian masukkan air asam limau, garam, gula serta air. Gaul sebati. (klu malas blend aje..)

ACAR KOBIS :

BAHAN-BAHANNYA :

🐝Bwg besar sebelah-potong nipis, kobis sejurai- potong panjang, cili merah-potong serong, daun bawang-potong anggaran satu inci, gula, garam, cuka dan air

CARA-CARANYA :

🐝Gaul bwg besar, kobis,cili merah dan daun bawang.
Bancuh gula, garam, cuka dan air.
Gaul bersama bahan diatas ( acar ni tidak dimasak cuma gaulkan aje...)

UNTUK ULAMAN:

🍓timun dan salad

* Ayam boleh diganti dengan daging. Cukup untuk 4-6 orang makan.

Rendang Kacang Panjang & Hati



Rendang Kacang Panjang & Hati


🍓Kacang panjang
🍓Hati ayam
🍓Pedal ayam
🍓Santan
🍓Serai
🍓Asam keping
(Bahan blend)
🍓Kunyit hidup
🍓Cili api

🐝Naikkan atas kuali:
hati, pedal, serai, asam and bahan blend, biar sampai air hati tu kurang n kering sikit.

🐝Masukkan santan and biar sampai pekat sikit baru masukkan kacang dan perasakan dgn garam, aji sikit and gula secubit dua.
Agak2 pecah minyak tu tutup api. Jangan sampai kacang lembik pulak. Hihi.

🐝Bahan bahan uolls agak ok. Iolls main campak campak jer 😁
🐝Same je kaedah masak lomak cili api tapi kalau dah nama rendang, bagi dia kering sikit

*C/p:Ct Manis

AYAM PANGGANG BEREMPAH

RESEPI AYAM PANGGANG BEREMPAH

Bahan:

🍓Seekor ayam
🍓3 sudu besar minyak zaitun dara
🍓1 sudu besar daun rosemary cincang
🍓1 sudu besar daun thyme cincang
🍓1 camca teh oregano kering
🍓1 camca teh garam
🍓1/2 camca teh serbuk lada hitam
🍓2 tangkai rosemary segar
🍓2 tangkai thyme segar
🍓1/2 bawang besar kuning (dibelah 3)
🍓1/2 lemon (dibelah 3)

Cara:

🐝Panaskan ketuhar 425°F (215°C- 220°C)

🐝Keluarkan segala organ dan isi perut ayam. Bersihkan ayam tersebut. Bilas dengan air sejuk. Keringkan ayam tersebut.

🐝Dalam mangkuk kecil, gabungkan minyak, rosemary cincang, thyme cincang, oregano, garam, dan lada hitam. Menggunakan tangan, sapu campuran minyak herba itu di sekeliling permukaan ayam. Jangan lupa sapu di bahagian dalam ayam tersebut sedikit.

🐝Letakkan 4 tangkai rosemary dan thyme di bahagian dalam ayam tersebut.

🐝Letakkan ayam di atas dulang pemanggang. Pastikan dada ayam menghadap ke bahagian atas. Panggang selama 1 1/2 jam.

🐝Setelah itu, pusingkan dulang tersebut ke sebelah bahagian lagi supaay ayam masak dengan sekata. Jangan lupa untuk siram ayam dengan jus yang keluar semasa membakar selang 15 – 20 minit sekali supaya ayam tidak kering.

🐝Sehingga kulitnya bertukar keemasan dan rangup, cucuh thermometer di bahagian ayam paling tebal untuk periksa suhu jika ia mencecah 165°F ( 70°F – 75°F)

🐝Alihkan dari dulang, biarkan ayam panggang tersebut rehat selama 10 minit sebelum menghirisnya. Hidangkan ia sementara masih panas bersama hidangan yang lain seperti kentang lenyek dan coleslow.

SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS


RESEPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS


Bahan-bahan ayak :

🍓280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
🍓2 Tbsp tepung jagung
🍓1/2 tsp soda bikarbonate
🍓2 Tbsp susu tepung
🍓Secubit garam

Bahan-bahan lain :

🍓250 gm mentega
🍓150 gm gula kastor(100grm gula kastor n 50 gram gula merah pun sedap)
🍓1/2 tsp asen vanilla
🍓1 biji kuning telur
🍓100 gm (1/2 cawan) coklat chip
🍓100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :

🐝Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

🐝Masukkan kuning telur dan pukul rata.

🐝Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

🐝Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.

🐝Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

🐝Selepas buat bentuk bebola doh cookie tadi...leperkan...lebih cepat masak..

🐝Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M atau Chocolate Chips

🐝Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

🐝Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit..kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak. Selalunya, bila berbau wangi , maknanya cookies dah pun masak.

🐝Masa keluar dari oven, cookies akan lembik, tapi bila di tolak dengan pisau cookies tu bergerak..biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

🐝Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..

*C/P:Ct Manis

WAFFLE RANGUP CRUNCHY

RESEPI WAFFLE RANGUP CRUNCHY



Bahan-bahan: ( 2 orang (4-5 kpg waffle) 

🍓1 biji telur
🍓1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.)
secubit garam
🍓1/2 sudu kecil tepung penaik
🍓1 cawan susu
🍓1 1/2 sudu besar gula
🍓1/6 cawan minyak
🍓1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
* campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...

Cara-cara:

🐝Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.

🐝Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.

🐝Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.

🐝Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.

p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.

*C/P:Ct Manis
 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates