Jumaat, 26 Ogos 2016

SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS


RESEPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS


Bahan-bahan ayak :

๐Ÿ“280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
๐Ÿ“2 Tbsp tepung jagung
๐Ÿ“1/2 tsp soda bikarbonate
๐Ÿ“2 Tbsp susu tepung
๐Ÿ“Secubit garam

Bahan-bahan lain :

๐Ÿ“250 gm mentega
๐Ÿ“150 gm gula kastor(100grm gula kastor n 50 gram gula merah pun sedap)
๐Ÿ“1/2 tsp asen vanilla
๐Ÿ“1 biji kuning telur
๐Ÿ“100 gm (1/2 cawan) coklat chip
๐Ÿ“100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :

๐ŸPukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

๐ŸMasukkan kuning telur dan pukul rata.

๐ŸMasukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

๐ŸMasukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.

๐ŸBoleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

๐ŸSelepas buat bentuk bebola doh cookie tadi...leperkan...lebih cepat masak..

๐ŸKemudian hiaskan biskut anda dengan M & M atau Chocolate Chips

๐ŸPanaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

๐ŸMasukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit..kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak. Selalunya, bila berbau wangi , maknanya cookies dah pun masak.

๐ŸMasa keluar dari oven, cookies akan lembik, tapi bila di tolak dengan pisau cookies tu bergerak..biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

๐ŸKalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..

*C/P:Ct Manis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates