Jumaat, 26 Ogos 2016

AYAM PANGGANG BEREMPAH

RESEPI AYAM PANGGANG BEREMPAH

Bahan:

๐Ÿ“Seekor ayam
๐Ÿ“3 sudu besar minyak zaitun dara
๐Ÿ“1 sudu besar daun rosemary cincang
๐Ÿ“1 sudu besar daun thyme cincang
๐Ÿ“1 camca teh oregano kering
๐Ÿ“1 camca teh garam
๐Ÿ“1/2 camca teh serbuk lada hitam
๐Ÿ“2 tangkai rosemary segar
๐Ÿ“2 tangkai thyme segar
๐Ÿ“1/2 bawang besar kuning (dibelah 3)
๐Ÿ“1/2 lemon (dibelah 3)

Cara:

๐ŸPanaskan ketuhar 425ยฐF (215ยฐC- 220ยฐC)

๐ŸKeluarkan segala organ dan isi perut ayam. Bersihkan ayam tersebut. Bilas dengan air sejuk. Keringkan ayam tersebut.

๐ŸDalam mangkuk kecil, gabungkan minyak, rosemary cincang, thyme cincang, oregano, garam, dan lada hitam. Menggunakan tangan, sapu campuran minyak herba itu di sekeliling permukaan ayam. Jangan lupa sapu di bahagian dalam ayam tersebut sedikit.

๐ŸLetakkan 4 tangkai rosemary dan thyme di bahagian dalam ayam tersebut.

๐ŸLetakkan ayam di atas dulang pemanggang. Pastikan dada ayam menghadap ke bahagian atas. Panggang selama 1 1/2 jam.

๐ŸSetelah itu, pusingkan dulang tersebut ke sebelah bahagian lagi supaay ayam masak dengan sekata. Jangan lupa untuk siram ayam dengan jus yang keluar semasa membakar selang 15 โ€“ 20 minit sekali supaya ayam tidak kering.

๐ŸSehingga kulitnya bertukar keemasan dan rangup, cucuh thermometer di bahagian ayam paling tebal untuk periksa suhu jika ia mencecah 165ยฐF ( 70ยฐF โ€“ 75ยฐF)

๐ŸAlihkan dari dulang, biarkan ayam panggang tersebut rehat selama 10 minit sebelum menghirisnya. Hidangkan ia sementara masih panas bersama hidangan yang lain seperti kentang lenyek dan coleslow.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates