Jumaat, 26 Ogos 2016

Resepi Nasi Ayam Bangkok



Resepi Nasi Ayam Bangkok


Bahan2 :

๐Ÿ“Ayam (seekor)potong ikut suka
๐Ÿ“Beras 3 1/2 tin susu, garam, gula, 5 sudu besar minyak utk menumis
(lihat cara memasak nasi dibawah)

BAHAN TUMBUK : (UNTUK BUAT PASTE NASI AYAM) 

๐Ÿmasak dalam periuk lain

๐Ÿ“1 biji buah pala (ketuk amik isi saja)
๐Ÿ“1/2 inci halia, 1 sudu teh lada hitam
๐Ÿ“1 sudu teh jintan putih, 2 sudu teh jintan manis
๐Ÿ“8 biji bunga cengkih
๐Ÿ“1 biji buah pelaga
๐Ÿ“4-5 biji bwg merah
๐Ÿ“2 ulas bwg putih
๐Ÿ“1 inci kulit kayu manis
๐Ÿ“3 kelopak bunga lawang

CARA BUAT PASTE NASI :

๐ŸPanaskan minyak, masuk bahan tumbuk tadi. Bila pecah minyak, masukan air, biar hingga mendidih. Jangan terlalu cair atau pekat.

CARA MASAK NASI :

๐ŸMasukkan paste nasi, ketulan ayam, garam serta gula dlm periuk berisi beras, jerang hingga masak.

๐Ÿ(satukan semua bahan-bahan ini dalam rice cooker dan masak seperti biasa. caranya seperti memasak nasi arab, ayam dimasukkan bersama-sama beras. Ayam lebih lembut dan sebati dgn nasi)

UNTUK SAMBALNYA :

BAHAN-BAHANNYA :

๐Ÿ“20 biji cili padi
๐Ÿ“2 biji cili merah
๐Ÿ“Seulas bwg putih
๐Ÿ“1 1/2 biji air asam limau nipis
๐Ÿ“2 camca besar air

CARA-CARANYA :

๐Ÿtumbuk cili padi, cili merah dan bwg putih. Kemudian masukkan air asam limau, garam, gula serta air. Gaul sebati. (klu malas blend aje..)

ACAR KOBIS :

BAHAN-BAHANNYA :

๐ŸBwg besar sebelah-potong nipis, kobis sejurai- potong panjang, cili merah-potong serong, daun bawang-potong anggaran satu inci, gula, garam, cuka dan air

CARA-CARANYA :

๐ŸGaul bwg besar, kobis,cili merah dan daun bawang.
Bancuh gula, garam, cuka dan air.
Gaul bersama bahan diatas ( acar ni tidak dimasak cuma gaulkan aje...)

UNTUK ULAMAN:

๐Ÿ“timun dan salad

* Ayam boleh diganti dengan daging. Cukup untuk 4-6 orang makan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates