Sabtu, 19 November 2016

Resepi Udang Sri Rampai

Resepi Udang Sri Rampai


Bahan:

🍎1kg udang saiz XL
🍎cili api ikut suka.. nak pedas bubuh banyak
🍎2 biji cili merah besar
🍎5 ulas bawang merah
🍎3 ulas bawang putih
🍎sedikit belacan..
(tumbuk semua bahan2..)
🍎1 inci halia dihiris halus memanjang
🍎2 helai daun kunyit hiris halus
🍎5 batang serai dihiris halus

🍭tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan..

🍭masukkan serai.. dan juga halia.. kemudian masukkan udang..

🍭masukkan sedikit air asam jawa.. garam.. aji dan gula..

🍭bila udang hampir masak.. masukkan daun kunyit..
kacau hingga udang masak..
sedia untuk dihidang..

RESEPI IKAN KELI BERLADO

RESEPI IKAN KELI BERLADO, PEMBUKA SELERA


BAHAN - BAHANNYA :-)

πŸ“2 ekor ikan keli, saiz sederhana
πŸ“1 camca teh serbuk kunyit
πŸ“1/2 camca teh garam
πŸ“3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
πŸ“1 1/2 camca teh gula
πŸ“Sos ikan secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HANCUR :-)

πŸ“6 biji cili merah
πŸ“6 biji bawang merah kecil
πŸ“2 ulas bawang putih
πŸ“3 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

πŸ‚Ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Perap 10 minit kemudian bilas.

πŸ‚Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau kasturi hingga rata dan perap sekejap. Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan ketepikan.

πŸ‚Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum.

πŸ‚Masukkan gula dan kacau rata, tambah sos ikan secukup rasa, kacau dan masukkan ikan keli goreng. Gaul hingga rata dan masak dengan api kecil. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (taruk sikit dulu, rasa dan jika perlu baru tambah lagi), kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, telur dadar dan kicap JALEN....Selamat mencuba!!

RESEPI IKAN BAWAL MASAK LEMAK SIAM

RESEPI IKAN BAWAL MASAK LEMAK SIAM

BAHAN KISAR

πŸ“13 tangkai cili kering
πŸ“5 ulas bawang merah
πŸ“3 ulas bawang putih
πŸ“4 cm belacan
πŸ“2 hiris lengkuas
πŸ“4 cm halia
πŸ“3 helai daun limau purut

BAHAN LAIN

πŸ“3 ekor ikan bawal
πŸ“2 cawan santan
πŸ“4 keping asam gelugur

CARA MEMASAK

πŸ‚1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak.

πŸ‚2. Tuangkan santan, dan masukkan daun limau purut dan asam gelugur.

πŸ‚3. Jangan lupa bubuhkan sedikit garam dan gula.

πŸ‚4. Bila kuah mendidih masukkan ikan dan biarkan ikan masak.

Resepi Ketam Masak Merah Special

Resepi Ketam Masak Merah Special

Bahan-bahan

πŸ“2 ekor ketam yang besar. direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
πŸ“sedikit hirisan cili merah
πŸ“4-5 sudu besar sos cili
πŸ“2 sudu besar sos tomato
πŸ“3-4 sudu besar cili kering kisar
sedikit air
πŸ“1 sudu besar sos tiram
πŸ“1 sb kicap manis
πŸ“1 keping asam gelugur

Bahan-bahan mesin

πŸ“1 labu bawang besar
πŸ“2 biji bawang merah
πŸ“2 ulas bawang putih
πŸ“1/2 inci halia
πŸ“1/2 inci lengkuas
πŸ“1 batang serai

Cara-cara

🐝Tumis bahan2 kisar hingga wangi.

🐝Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.

🐝Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.

🐝Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
Hidangkan setelah masak.

Resepi Ketam Telur Masin

Resepi Ketam Telur Masin


Bahan-bahan:

πŸ“3 ekor ketam
πŸ“5 biji telur masin (bahagian kuning sahaja)
πŸ“5 biji cili padi
πŸ“2 sudu makan mentega
πŸ“2 sudu makan susu cair
πŸ“2 sudu makan tepung kanji
πŸ“5 helai daun kari
πŸ“Garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara:

🐝1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya.

🐝2. Gaul ketam tadi dengan tepung kanji dan goreng dalam minyak yang banyak dan toskan.

🐝3. Campur kuning telur masin bersama mentega dan masak di atas api. Gunakan api perlahan.

🐝4. Tuang susu cair dan masukkan daun kari. Kacau rata.

🐝5. Masukkan ketam tadi dan goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Bahan-bahan ( 5 orang )

🐝Seekor ikan kerapu- lieza guna ikan kembung
πŸ“2 biji bawang putih - dicincang halus
πŸ“5 biji bawang merah - dicincang halus
πŸ“8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
πŸ“2 biji tomato - dipotong dadu
πŸ“2 kerat nenas - di potong dadu
πŸ“2 sudu cili boh
πŸ“3 sudu sos tiram
πŸ“2 sudu sos ikan
πŸ“Sedikit daun ketumbar
πŸ“1 sudu besar tepung jagung
πŸ“serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
πŸ“Minyak

Cara-cara

🐝Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.

🐝Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.

🐝Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

RESEPI IKAN RATPRIK

RESEPI IKAN RATPRIK

Bahan-bahan:
- Ikan Talapia/siakap/bawal dll
- Bawang putih
- Halia *
- Sedikit lada hitam *
- Secubit garam *

Bahan yg bertanda () ditumbuk dan disapu pada ikan (Biarkan 15-30minit)

Kemudian goreng hingga kekuningan jee

Untuk kuah:
- Bawang putih
- Bawang besar
- Tomato
- Cili Api dan Lada merah
- ketumbar (pilihan)
----- Semua bahan ini dikisar secara kasar)

Cara-cara:
- Tumis semua bahan kisar sampai naik bau
- Masukkan sedikit air
- Gula
- Sos nampla
- Sos tiram
- Sos perasa (siam pnggil sos prung)

- Ambil kuah siram atas ikan. Hahaha
- Kemudian hias la dgn salad, tomato dan aksesori yg mana lawa tu

Balado Ikan Jurong

"Balado Ikan Jurong"

Ikan sungai Bun... rasanya manis. Rupanya mirip ikan selais. Td liat di pasar tradisional. Jarang2 aja nih ikan munculnya. Hari ini pengennya di balado. Silahkan bunda yg pengen buat.

"BALADO IKAN JURONG"

Bahan:
3 ekor ikan jurong (berat 800 gr)
Cabe merah keriting, kira2 10 bh
Bawang merah 7 siung
Bawang putih 1 siung
Tomat merah 1 bh
Minyak goreng secukupnya

Cara Membuat:
1. Belah 2 jurong biar gak terlalu gede, lumuri dengan garam dan perasan jeruk nipis. Sisihkan.

2. Lalu sambil menunggu bumbu meresap, giling halus bahan2 yg lainnya sesuai selera. Kalo aq sih sukanya gak terlalu halus. Cuma anak2 nih... gak suka bila termakan biji cabenya. Hihihi... jd ya udah dibuat halus aja.

3. Goreng ikan jurong hingga matang dan agak kering (biar lebih gurih). Sisihkan.

4. Tumis cabe hingga harum dan matang. Matikan api. Lalu masukkan ikan jurong.

Selamat menikmati ya dears 😘

RESEPI UDANG BAKAR

RESEPI UDANG BAKAR


BAHAN2NYA:-

1/2kg udang (saiz sederhana)
7 biji bawang kecik*
5 ulas bawang putih* (kalau x suka sgt rasa bwg putih, boleh kurangkan ke 3 ulas)
2-3 inci halia*
5 sudu makan madu (lebih pun xpe, sedap je, kalau xde madu, blh gantikan dgn gula)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam (ikut selera lidah masing2)
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara

untuk membuat bahan perap:

kisar bahan2 yg b'tanda * sehingga halus (kalau rajin, tumbuk dgn lesung batu, lg sedappppp)

Tuangkan bahan2 kisar ke dlm mangkuk besar. kemudian, tambahkan madu, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati

masukkan udang yg dh dicuci (saya x suka buang kulit utk buat udang bakar) ke dalam bahan2 perap dan perapkan semalaman (lg lama perap lg sedap)

udang sedia utk bakar (boleh dibakar terus atas api, boleh dibalut dengan daun pisang, aluminium foil, atau daun kunyit, antara daun pisang dan daun kunyit, daun kunyit lg sedap baunya)

yum...yum...udang yg siap dibakar, sekejap saje sudah disambar org

KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING

SILAHKN Karipap pusing wajib buat setiap kali balik Shah Alam. Kali ni letak telur rebus fefeeling Ikea πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Resepi Karipap Pusing
Resepi ni resepi sis mas cotek. Tenkiu sis, saya byk kali buat dah. X pernah x jd 😊😊😊. Halalkan ilmu ye😘😘

Doh minyak
1/4 cwn myk dipanaskan
2 ½ cwn tepung
secubit garam
air secukupnya
sebatikan,berhenti masuk air bila
doh x lekat di tgn

Doh margerin
1 ½ cwn tepung
2 sdm shortening (sy x letak sbb xde huhu)
1/2 cwn margerin/atau lebih (sy pakai butter farmcow)
sebatikan hingga jd doh (tambah margerin hingga jadi doh)

Bulatkan doh minyak dan doh margerin sama banyak.
Leperkan sedikit doh minyak masukkan doh margerin di dalamnya dan tutup. Rehatkan 5 minit.
Ambil satu bahagian dan canai. Selepas tu sapu air
sedikit saja..calit-calit lebih kurang, jangan banyak ye nanti doh lembik pulak nak bagi kelopak dia melekat bila nak goreng nanti. Gulung, canai memanjang pula. Gulung lagi. Buat sehingga habis. Kemudian potong anggaran 1/2 inci atau lebih. Canai macam nak isi inti,
sebelah bawahnya nanti yang akan kita isikan inti. Isi inti, klimkan, buat hingga habis dan goreng dengan api yg betul-betul panas.
 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates