Sabtu, 19 November 2016

KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING

SILAHKN Karipap pusing wajib buat setiap kali balik Shah Alam. Kali ni letak telur rebus fefeeling Ikea πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Resepi Karipap Pusing
Resepi ni resepi sis mas cotek. Tenkiu sis, saya byk kali buat dah. X pernah x jd 😊😊😊. Halalkan ilmu ye😘😘

Doh minyak
1/4 cwn myk dipanaskan
2 ½ cwn tepung
secubit garam
air secukupnya
sebatikan,berhenti masuk air bila
doh x lekat di tgn

Doh margerin
1 ½ cwn tepung
2 sdm shortening (sy x letak sbb xde huhu)
1/2 cwn margerin/atau lebih (sy pakai butter farmcow)
sebatikan hingga jd doh (tambah margerin hingga jadi doh)

Bulatkan doh minyak dan doh margerin sama banyak.
Leperkan sedikit doh minyak masukkan doh margerin di dalamnya dan tutup. Rehatkan 5 minit.
Ambil satu bahagian dan canai. Selepas tu sapu air
sedikit saja..calit-calit lebih kurang, jangan banyak ye nanti doh lembik pulak nak bagi kelopak dia melekat bila nak goreng nanti. Gulung, canai memanjang pula. Gulung lagi. Buat sehingga habis. Kemudian potong anggaran 1/2 inci atau lebih. Canai macam nak isi inti,
sebelah bawahnya nanti yang akan kita isikan inti. Isi inti, klimkan, buat hingga habis dan goreng dengan api yg betul-betul panas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates