Sabtu, 19 November 2016

Resepi Ketam Telur Masin

Resepi Ketam Telur Masin


Bahan-bahan:

πŸ“3 ekor ketam
πŸ“5 biji telur masin (bahagian kuning sahaja)
πŸ“5 biji cili padi
πŸ“2 sudu makan mentega
πŸ“2 sudu makan susu cair
πŸ“2 sudu makan tepung kanji
πŸ“5 helai daun kari
πŸ“Garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara:

🐝1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya.

🐝2. Gaul ketam tadi dengan tepung kanji dan goreng dalam minyak yang banyak dan toskan.

🐝3. Campur kuning telur masin bersama mentega dan masak di atas api. Gunakan api perlahan.

🐝4. Tuang susu cair dan masukkan daun kari. Kacau rata.

🐝5. Masukkan ketam tadi dan goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates