Bahan-bahan ( 5 orang )
πSeekor ikan kerapu- lieza guna ikan kembung
π2 biji bawang putih - dicincang halus
π5 biji bawang merah - dicincang halus
π8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
π2 biji tomato - dipotong dadu
π2 kerat nenas - di potong dadu
π2 sudu cili boh
π3 sudu sos tiram
π2 sudu sos ikan
πSedikit daun ketumbar
π1 sudu besar tepung jagung
πserbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
πMinyak
Cara-cara
πIkan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
πPanaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
πMasukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
0 ulasan:
Catat Ulasan