Bahan:
πSeekor ayam
π3 sudu besar minyak zaitun dara
π1 sudu besar daun rosemary cincang
π1 sudu besar daun thyme cincang
π1 camca teh oregano kering
π1 camca teh garam
π1/2 camca teh serbuk lada hitam
π2 tangkai rosemary segar
π2 tangkai thyme segar
π1/2 bawang besar kuning (dibelah 3)
π1/2 lemon (dibelah 3)
Cara:
πPanaskan ketuhar 425°F (215°C- 220°C)
πKeluarkan segala organ dan isi perut ayam. Bersihkan ayam tersebut. Bilas dengan air sejuk. Keringkan ayam tersebut.
πDalam mangkuk kecil, gabungkan minyak, rosemary cincang, thyme cincang, oregano, garam, dan lada hitam. Menggunakan tangan, sapu campuran minyak herba itu di sekeliling permukaan ayam. Jangan lupa sapu di bahagian dalam ayam tersebut sedikit.
πLetakkan 4 tangkai rosemary dan thyme di bahagian dalam ayam tersebut.
πLetakkan ayam di atas dulang pemanggang. Pastikan dada ayam menghadap ke bahagian atas. Panggang selama 1 1/2 jam.
πSetelah itu, pusingkan dulang tersebut ke sebelah bahagian lagi supaay ayam masak dengan sekata. Jangan lupa untuk siram ayam dengan jus yang keluar semasa membakar selang 15 – 20 minit sekali supaya ayam tidak kering.
πSehingga kulitnya bertukar keemasan dan rangup, cucuh thermometer di bahagian ayam paling tebal untuk periksa suhu jika ia mencecah 165°F ( 70°F – 75°F)
πAlihkan dari dulang, biarkan ayam panggang tersebut rehat selama 10 minit sebelum menghirisnya. Hidangkan ia sementara masih panas bersama hidangan yang lain seperti kentang lenyek dan coleslow.
0 ulasan:
Catat Ulasan