Jumaat, 26 Ogos 2016

WAFFLE RANGUP CRUNCHY

RESEPI WAFFLE RANGUP CRUNCHY



Bahan-bahan: ( 2 orang (4-5 kpg waffle) 

πŸ“1 biji telur
πŸ“1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.)
secubit garam
πŸ“1/2 sudu kecil tepung penaik
πŸ“1 cawan susu
πŸ“1 1/2 sudu besar gula
πŸ“1/6 cawan minyak
πŸ“1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
* campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...

Cara-cara:

🐝Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.

🐝Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.

🐝Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.

🐝Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.

p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.

*C/P:Ct Manis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Eze_resepi Template by Ipietoon Cute Blog Design and Homestay Bukit Gambang

Blogger Templates